Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan

24 Jul 2026, 7:19 AM
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan

SHAH ALAM, 24 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor 2026, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Keberangkatan Baginda pada jam 12.30 tengah hari disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Hadir sama EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah, EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail, EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi, Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Mohd Kamri Kamaruddin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Shahzihan Ahmad serta Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato' Salehuddin Saidin.

Majlis dimulakan dengan solat sunat tahiyyatul masjid diikuti bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin Timbalan Mufti Selangor, Dato’ Dr Miszairi Sitiris.

Baginda kemudian mendengar khutbah bertajuk 'Hakikat Kepahlawanan Islam’ yang disampaikan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Dato’ Muhammad Farhan Wijaya dan menunaikan solat Jumaat yang dipimpin Imam Masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abdul Karim Omar Maaseng.

Khatib dalam khutbah mengingatkan bahawa kekuatan yang ada dalam diri pahlawan Islam adalah sentiasa meyakini bahawa pengorbanan di jalan Allah SWT tidak pernah sia-sia dan dijanjikan ganjaran sangat besar bagi berjihad di jalan-Nya.

Khatib juga menyeru setiap jemaah supaya dapat bersama-sama mempertahankan akidah, maruah dan syariat Islam.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.