'Rider' Lalamove maut dirempuh kereta ketika berhenti di lampu isyarat

22 Jul 2026, 3:15 AM
'Rider' Lalamove maut dirempuh kereta ketika berhenti di lampu isyarat

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seorang penghantar barangan Lalamove dipercayai maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Eco Grandeur, Puncak Alam, malam tadi.

Kejadian itu tular selepas rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan mangsa yang sedang menunggu lampu isyarat merah dirempuh dari arah belakang.

Video berdurasi beberapa saat itu memaparkan impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak dari motosikalnya.

Beberapa hantaran di media sosial turut mendakwa mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, selain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Berdasarkan komen yang mengiringi perkongsian video berkenaan, kereta terbabit yang dipandu warga asing dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal mangsa.

Bagaimanapun, setakat ini polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung identiti mangsa, punca kemalangan mahupun dakwaan kematian tersebut.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.