EXCO: Peluang pekerjaan jadi fokus dialog bersama belia Kuala Langat

20 Jul 2026, 1:22 PM
EXCO: Peluang pekerjaan jadi fokus dialog bersama belia Kuala Langat
EXCO: Peluang pekerjaan jadi fokus dialog bersama belia Kuala Langat
EXCO: Peluang pekerjaan jadi fokus dialog bersama belia Kuala Langat

SHAH ALAM, 20 JULAI: Peluang pekerjaan dan pembangunan kerjaya menjadi antara fokus utama perbincangan dalam program Belia Bersuara @ Ngopi Bersama Pemimpin Rakyat bersama EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V. Papparaidu di Kuala Langat.

Menerusi hantaran di Facebook, Papparaidu berkata program anjuran Penggerak Belia Selangor (PEBS) Zon 6 Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dengan kerjasama MPKL itu memberi ruang kepada golongan belia menyuarakan pandangan berkaitan peluang pekerjaan, pembangunan belia, keusahawanan serta isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat.

"Program ini menjadi platform yang amat baik untuk saya mendengar sendiri pandangan, cadangan serta harapan anak-anak muda berkaitan peluang pekerjaan, pembangunan belia, keusahawanan dan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata penglibatan aktif belia dalam sesi dialog seumpama itu penting bagi memastikan dasar dan inisiatif kerajaan dapat disesuaikan dengan keperluan sebenar golongan muda.

Papparaidu turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi PEBS Zon 6 MPKL S. Gnaneaswary, Ahli Majlis MPKL Zon 6 Tan Wee King serta semua belia yang hadir menjayakan program berkenaan.

Beliau berharap program seperti itu dapat diteruskan bagi memperkukuh hubungan antara pemimpin dan belia, sekali gus menyokong pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting yang lebih maju dan sejahtera.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.