Membaca Pembangunan Pada Lapan Suku Malam

19 Jul 2026, 12:30 AM
Membaca Pembangunan Pada Lapan Suku Malam

Oleh Lim Wei Wen

Ilustrasi Muizzah

dan kaupun menurap janji yang lebih panjang

daripada lintasan kereta api.

susur yang dilebarkan begitu menyempit hidup

tiang lampu dianjakkan sabar memberi laluan

kepada nilon-nilon dipasang sepanjang pergelangan jalan

gerabak-gerabak sendat diisi hujah dan bahas

gamat di persimpangan sebelum sunyi menjadi bekal.

mataku bernaung pada lilin

membaca sebalik kanta pembangunan lapan suku.

malam berkelajuan cahaya ini

berulang sebelum dinamakan pulang.


Kategoriseni budaya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.