Penanaman bakau diperkasa sebagai benteng perubahan iklim

18 Jul 2026, 8:30 AM
Penanaman bakau diperkasa sebagai benteng perubahan iklim
Penanaman bakau diperkasa sebagai benteng perubahan iklim
Penanaman bakau diperkasa sebagai benteng perubahan iklim
Penanaman bakau diperkasa sebagai benteng perubahan iklim

KUALA LANGAT, 18 JULAI: Usaha penanaman pokok bakau perlu terus dipergiat sebagai langkah semula jadi dalam menangani perubahan iklim, selain melindungi kawasan pesisir pantai daripada ancaman hakisan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Dato' Wandi Yadzid Yaakob berkata pokok bakau mempunyai peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar menerusi keupayaannya menyerap karbon, mengawal suhu persekitaran serta memelihara biodiversiti.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Dato' Wandi Yadzid Yaakob berucap ketika program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 Peringkat Negeri Selangor di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat pada 18 Jualai 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Usaha penanaman pokok secara menyeluruh perlu diteruskan kerana ia mampu meningkatkan kualiti alam sekitar, mengawal suhu persekitaran, memelihara biodiversiti dan menyokong matlamat pembangunan mampan (SDG).

“Pada masa sama, pokok bakau berfungsi sebagai benteng semula jadi yang melindungi kawasan pesisir pantai serta menyerap karbon bagi mengurangkan kesan perubahan iklim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 Peringkat Selangor di Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wandi berkata pembangunan yang tidak dirancang secara sistematik berpotensi meningkatkan risiko berlakunya bencana alam, justeru aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu diberi perhatian seiring kemajuan pembangunan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Dato' Wandi Yadzid Yaakob melawat reruai pameran ketika program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 Peringkat Negeri Selangor di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat pada 18 Jualai 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Katanya, JAS Selangor turut mempergiat program pendidikan dan kesedaran bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta menggalakkan penglibatan semua pihak.

Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut setiap 5 Jun merupakan platform utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran global serta menggalakkan tindakan terhadap isu alam sekitar.

Sambutan tahun ini bertemakan ‘Diinspirasikan oleh Alam. Demi Iklim. Untuk Masa Depan Kita’, yang menekankan kepentingan tindakan bersama dalam menangani kesan perubahan iklim akibat aktiviti manusia.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.