700 pokok bakau ditanam di Pantai Kelanang sempena sambutan sedunia

26 Jul 2026, 5:00 AM
700 pokok bakau ditanam di Pantai Kelanang sempena sambutan sedunia
700 pokok bakau ditanam di Pantai Kelanang sempena sambutan sedunia
700 pokok bakau ditanam di Pantai Kelanang sempena sambutan sedunia
700 pokok bakau ditanam di Pantai Kelanang sempena sambutan sedunia

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 700 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) ditanam di Pantai Kelanang, Kuala Langat sempena Sambutan Hari Pemuliharaan Ekosistem Bakau Sedunia 2026, sekali gus memperkukuh usaha memelihara ekosistem pesisir pantai.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan penanaman itu menjadikan jumlah keseluruhan pokok bakau di Pantai Kelanang mencecah 12,000 pokok sejak projek berkenaan dilaksanakan.

Menurut MPKL, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memulihara ekosistem bakau, melindungi biodiversiti serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

"Dengan penanaman kali ini, jumlah keseluruhan pokok bakau yang telah ditanam di Pantai Kelanang kini mencecah 12,000 pokok sejak pelaksanaan projek berkenaan," menurut MPKL menerusi kenyataan di Facebook.

MPKL berkata program itu turut menyokong sasaran Malaysia International Cultural Exchange (MICE) Club untuk menanam 30,000 pokok bakau menjelang 2030 sebagai komitmen terhadap agenda kelestarian alam sekitar dan pemuliharaan kawasan pesisir negara.

Majlis disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid, dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, rakan strategik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat dan sukarelawan.

MPKL turut diwakili pegawai daripada Jabatan Perancangan Pembangunan serta Jabatan Landskap yang terus komited menyokong program pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan di daerah itu.

Menurut MPKL, penanaman bakau bukan sahaja membantu mengurangkan hakisan pantai serta melindungi habitat hidupan marin, malah berfungsi sebagai benteng semula jadi bagi menghadapi perubahan iklim dan mengekalkan keseimbangan ekosistem pesisir.

"Usaha penanaman bakau ini bukan sahaja membantu mengurangkan hakisan pantai dan melindungi habitat hidupan marin, malah berperanan sebagai benteng semula jadi dalam menghadapi perubahan iklim serta meningkatkan keseimbangan ekosistem pesisir," menurut MPKL.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.