Bayang Condong di Sepuluh Pagi: Menunggu (Tiada) Ubat di Farmasi

18 Jul 2026, 3:35 AM
Bayang Condong di Sepuluh Pagi: Menunggu (Tiada) Ubat di Farmasi

Oleh Akmal Arsat 

Ilustrasi Muizzah

Bagaikan iklan di paparan skrin, kau menangkap mataku untuk mengikis serat-serat waktu. Di tapak kaki, bayang condong menuju sepuluh pagi; buku biru, kuning, merah jambu tidak mengukur jantina, hanya kami — seperti baju fesyen segera yang dilonggokkan satu sama lain, menunggu untuk dipilih atau dilupakan.

Mencari tapakmu dalam ribuan manusia adalah tsunami yang menenggelamkan, merayu membawa aku ke dalam rahimnya — antara tergulung dalam tidur atau mati dalam ketubannya. Namun aku tetap di sini: jasad tanpa nyawa, pesakit tanpa ubat, ubat tanpa Tuhan.

Cinta pagi telah habis. Perlahan-lahan nombor menunggu pudar di kertas, dan petang menadah surat rujukan daripada doktor yang menilik nasibku dan nasibmu, sehingga malam mengalah untuk menidurkan kita.


Kategoriseni budaya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.