Larian Obor SUKMA ke-22 singgah Kuala Langat 2 Ogos

17 Jul 2026, 1:00 PM
Larian Obor SUKMA ke-22 singgah Kuala Langat 2 Ogos

SHAH ALAM, 17 JULAI: Orang ramai dijemput menyertai Kuala Langat Merdeka Run sempena Larian Obor SUKMA ke-22 yang akan berlangsung di Dataran Pantai Batu Laut pada 2 Ogos ini.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan program itu merupakan sebahagian daripada siri jelajah Obor SUKMA menjelang pembukaan temasya sukan berkenaan di Selangor.

Acara yang bermula jam 7 pagi itu terbuka kepada orang ramai.

MPKL turut mengajak penduduk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menyaksikan Larian Obor SUKMA peringkat daerah, selain merasai semangat kesukanan serta kebersamaan yang dibawa simbol rasmi temasya sukan terbesar negara itu.

"Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada suasana penuh semangat ini. Bersama-sama kita menyambut kehadiran SUKMA ke-22 dan Para SUKMA Selangor 2026 di Kuala Langat," menurut kenyataan MPKL.

Sebelum ini, Jelajah Larian Obor SUKMA di Stadium Kajang pada 12 Julai menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 1,000 peserta.

EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata Kajang merupakan lokasi kelapan daripada 12 destinasi yang dijadualkan dalam siri jelajah itu sebelum diteruskan ke Subang Jaya, Petaling Jaya, Kuala Langat dan Sepang.

MPKL mengajak orang ramai hadir bagi memeriahkan acara berkenaan serta menyemarakkan lagi semangat menjelang pembukaan temasya tersebut.

SUKMA ke-22 Selangor dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos, manakala Para SUKMA akan diadakan dari 5 hingga 14 September tahun ini.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.