Residensi IX SURIA tawar kediaman lestari, kos selenggara rendah 

16 Jul 2026, 8:36 AM
Residensi IX SURIA tawar kediaman lestari, kos selenggara rendah 
Residensi IX SURIA tawar kediaman lestari, kos selenggara rendah 
Residensi IX SURIA tawar kediaman lestari, kos selenggara rendah 
Residensi IX SURIA tawar kediaman lestari, kos selenggara rendah 

Residensi IX SURIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pembangunan kediaman moden yang menitikberatkan kelestarian serta penjimatan kos jangka panjang menerusi pelbagai inisiatif hijau yang memberi manfaat kepada penghuni.

Antara keistimewaan utama pembangunan ini ialah pemasangan Sistem Panel Solar bersama Battery Energy Storage System (BESS) di atas bumbung kondominium. Tenaga solar yang dijana digunakan untuk membekalkan elektrik ke kawasan bersama seperti lobi, koridor dan fasiliti, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga konvensional serta menurunkan kos operasi bangunan.

Selain itu, IX SURIA turut dilengkapi Sistem Tadahan Air Hujan (Rainwater Detention System) yang dibina di bawah taman pusat seluas 1.28 ekar. Air hujan yang dikumpulkan akan dikitar semula untuk penyiraman landskap, sekali gus mengurangkan penggunaan air terawat dan kos penyelenggaraan kawasan hijau.

Gabungan kedua-dua inisiatif ini membolehkan IX SURIA mengekalkan yuran penyelenggaraan yang kompetitif, iaitu hanya RM0.20 sekaki persegi termasuk sinking fund, sekali gus memberikan penjimatan berterusan kepada pemilik kediaman.

Komitmen terhadap pembangunan lestari turut diperkukuh melalui penggunaan lampu landskap berkuasa solar serta penyediaan 6 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), sekali gus memudahkan penghuni yang memiliki kenderaan elektrik tanpa perlu bergantung kepada kemudahan luar.

Dari segi lokasi, IX SURIA menawarkan akses strategik dengan perkhidmatan van ulang-alik ke stesen MRT Bukit Dukung dan UTAR Sg Long. Ia juga berhampiran rangkaian lebuh raya utama, institusi pendidikan, hospital serta pelbagai kemudahan harian, menjadikannya pilihan ideal sama ada untuk didiami mahupun sebagai pelaburan.

Bagi memudahkan lebih ramai pembeli memiliki kediaman impian, IX SURIA turut menawarkan Jaminan Pinjaman untuk Bumiputera*.

Pembeli juga berpeluang menikmati Diskaun Bumiputera sebanyak 10%, pakej perabot ataupun cashback sehingga RM19,000 sepanjang tempoh promosi.

Residensi IX SURIA membuktikan bahawa kediaman moden bukan sekadar menawarkan ruang kehidupan yang selesa, malah memberikan nilai tambah melalui pengurusan kos yang cekap, ciri pembangunan hijau serta kemudahan yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi 012-8118 438 hari ini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.