IX SURIA: Residensi idaman anda

4 Jul 2026, 3:02 AM
IX SURIA: Residensi idaman anda
IX SURIA: Residensi idaman anda
IX SURIA: Residensi idaman anda

Dalam mencari sebuah kediaman, ramai yang bukan sekadar mahukan tempat berteduh, tetapi ruang yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup moden, menjamin keselamatan keluarga serta menyediakan persekitaran kondusif untuk masa depan.

Inilah inspirasi di sebalik Residensi IX SURIA – sebuah komuniti kediaman pegangan bebas yang direka untuk menghubungkan impian anda dengan kehidupan yang lebih selamat, persekitaran yang lebih hijau dan gaya hidup yang lebih selesa. Konsep ini diterjemahkan melalui reka bentuk teliti serta perancangan menyeluruh bagi memenuhi keperluan pemilik rumah masa kini.

Salah satu kelebihan utama Residensi IX SURIA ialah lokasinya yang strategik dengan akses mudah ke 3 lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya SILK dan Lebuhraya EKVE. Rangkaian ini memudahkan pergerakan ke pusat bandar, kawasan perniagaan dan destinasi penting lain, sekali gus menjimatkan masa perjalanan harian.

Selain itu, pembangunan ini turut menikmati kelebihan lokasi berhampiran dua stesen MRT, iaitu MRT Bukit Dukung dan MRT Batu 11 Cheras. Bagi meningkatkan kemudahan mobiliti, perkhidmatan van ulang-alik ke MRT Bukit Dukung serta UTAR Sungai Long turut disediakan, sekali gus memudahkan pergerakan harian penghuni.

Kehidupan yang lebih tenang bermula di IX SURIA, yang dilengkapi dengan sistem keselamatan komprehensif bagi memastikan perlindungan menyeluruh kepada setiap penghuni. Dengan 6 peringkat kawalan keselamatan yang dirancang rapi, termasuk pengasingan tempat letak kenderaan antara pelawat dan penduduk, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

IX SURIA turut menawarkan ketenangan yang semakin sukar ditemui di tengah kesibukan bandar. Dilengkapi dengan kemudahan dek seluas 1.25 ekar, laluan berbasikal dan berjoging sepanjang 1 km serta taman utama berkeluasan 1.28 ekar, persekitaran ini direka untuk menyokong gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang.

Dengan keluasan rumah bermula daripada 967 - 1,934 kps, setiap unit dilengkapi dengan 2 - 3 ruang parkir bagi keselesaan penghuni. Susun atur 3 bilik tidur yang masing-masing hadir bersama 3 bilik mandi en suite memastikan privasi terpelihara tanpa perlu berkongsi, terutamanya pada waktu puncak.

Selain itu, ketinggian siling sehingga 10.3 kaki serta reka bentuk tingkap yang lebih besar membolehkan pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang optimum, sekali gus mewujudkan ruang dalaman yang lebih terang, lapang dan selesa.

Sebagai tambahan, IX SURIA menawarkan gaya hidup yang lebih mesra kos melalui pelbagai kemudahan moden dan praktikal. Antaranya termasuk sistem tenaga solar dengan bateri, stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), sistem pengairan landskap serta pelbagai fasiliti komuniti seperti gelanggang serbaguna, bilik simpanan bungkusan kurier, tadika, kawasan cuci kereta, dewan serbaguna, taman permainan, gimnasium, kawasan barbeku, surau, bilik aktiviti warga emas dan bilik dobi.

Jika anda sedang mencari kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup moden sambil menjamin kesejahteraan masa depan keluarga, Residensi IX SURIA merupakan pilihan yang tepat.

Pakej istimewa di IX SURIA:

  1. Yuran guaman

  2. Disbursement

  3. Duti setem

  4. Kelengkapan dapur

  5. Kelengkapan ruang tamu dan ruang makan

  6. Peralatan elektrik rumah

Pelbagai faedah ini ditawarkan khususnya kepada pembeli Bumiputera bagi memudahkan proses pemilikan rumah, di samping memberikan nilai tambah yang lebih kepada para pembeli.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.