Konflik Asia Barat: Kos pembinaan dijangka naik, impak terasa selepas enam bulan - pakar

31 Mac 2026, 3:00 AM
Konflik Asia Barat: Kos pembinaan dijangka naik, impak terasa selepas enam bulan - pakar
Konflik Asia Barat: Kos pembinaan dijangka naik, impak terasa selepas enam bulan - pakar
Konflik Asia Barat: Kos pembinaan dijangka naik, impak terasa selepas enam bulan - pakar
Konflik Asia Barat: Kos pembinaan dijangka naik, impak terasa selepas enam bulan - pakar

SHAH ALAM, 31 MAC: Sektor hartanah negara dijangka berdepan tekanan susulan kenaikan kos pembinaan akibat konflik berpanjangan di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi MARA Perak, Dr Azizul Azli Ahmad bagaimanapun berkata impak sebenar hanya dijangka dapat dilihat dalam tempoh kira-kira enam bulan akan datang.

Beliau menjelaskan kesan awal ketika ini masih terkawal kerana sebahagian pemaju mempunyai stok bahan binaan sedia ada, sekali gus menangguhkan lonjakan kos dalam jangka masa terdekat.

“Kesannya di dalam sektor pembinaan biasanya dia akan ada ‘lag’ (tempoh kelewatan) kurang lebih enam bulan sebab sesetengah itu dalam pasaran kita dah ada stok.

“Yang paling ditakuti oleh pemaju sekarang adalah impak kepada bahan mentah itu sendiri sama ada besi, kos pengangkutan, kos buruh, semua ini dijangka akan naik,” katanya ketika dihubungi Media Selangor.

Menurutnya, peningkatan kos bahan mentah, buruh dan logistik akan memberi tekanan langsung kepada kos pembinaan keseluruhan, sekali gus mempengaruhi harga hartanah di pasaran.

Namun, katanya, kenaikan harga dijangka masih sederhana pada peringkat awal, sekitar tiga hingga lima peratus, berikutan margin pembinaan yang kecil.

Dalam masa sama, beliau menegaskan dasar monetari seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) turut memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pasaran hartanah dalam tempoh terdekat.

“Kos upah akan naik, kos buruh akan naik, kos bahan mentah akan naik…jadi secara tak langsung harga rumah sudah pasti akan meningkat tetapi kenaikan mungkin tidak mendadak sehingga 40 hingga 50 peratus seperti dilaporkan segelintir pihak.

“Kadar OPR sekarang pun masih stabil cuma kita tak tahu apa dasar kerajaan sehingga hujung bulan ini sehingga Mei nanti. Kalau berubah, permintaan hartanah pasti akan berubah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata krisis tenaga dan kenaikan harga minyak juga dijangka mempengaruhi reka bentuk pembangunan masa depan, termasuk ke arah penggunaan tenaga yang lebih cekap.

“Pembinaan rumah hari ini mula perlu ada reka bentuk yang lebih mesra tenaga, mungkin penggunaan solar panel dan bahan yang lebih menjimatkan kos akan diperkenalkan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.