662 penerima SMUE, SMIS DUN Sungai Kandis sudah tebus baucar Fasa 3

15 Jul 2026, 2:00 PM
662 penerima SMUE, SMIS DUN Sungai Kandis sudah tebus baucar Fasa 3

SHAH ALAM, 15 JULAI: Seramai 662 penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis telah menebus baucar Fasa 3 setakat ini.

Penyelaras DUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata penerima terbabit terdiri daripada ahli yang lahir pada Julai, Ogos dan September.

“Alhamdulillah, sehingga kini seramai 662 ahli telah berjaya menebus baucar SMUE dan Skim Mesra Insan Istimewa bagi Fasa 3 (Julai, Ogos dan September 2026).

“Bagi DUN Sungai Kandis, seramai 1,617 ahli yang layak menerima baucar untuk Fasa 3," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menggesa penerima yang masih belum menebus baucar supaya hadir ke Pusat Khidmat Penyelaras DUN Sungai Kandis sebelum tempoh tuntutan berakhir pada 30 September.

"Kepada ahli yang masih belum membuat penebusan, jangan lepaskan peluang untuk menuntut hak anda,” katanya.

Sementara itu, ahli skim Fasa 2 yang lahir pada April, Mei dan Jun diingatkan bahawa tempoh tuntutan baucar telah berakhir pada 30 Jun lalu.

Mereka yang masih belum membuat tuntutan disaran menghubungi PKM DUN masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status tuntutan.

Pelaksanaan Skim Mesra 2026 membolehkan ahli membuat tuntutan baucar secara berfasa mengikut bulan kelahiran.

Maklumat lanjut mengenai skim dan tuntutan baucar boleh diperoleh menerusi laman sesawang mesra.yawas.com.my atau menghubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di talian 03-5481 8800.

Menerusi Belanjawan Selangor 2026, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM55 juta bagi pelaksanaan Skim Mesra yang memberi manfaat kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta orang kurang upaya (OKU).

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.