Ahli SMUE, SMIS lahir Julai hingga September boleh tuntut baucar

2 Jul 2026, 3:31 AM
Ahli SMUE, SMIS lahir Julai hingga September boleh tuntut baucar

SHAH ALAM, 2 JULAI: Ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) yang lahir pada Julai, Ogos dan September kini boleh membuat tuntutan baucar Fasa 3 sehingga 30 September ini.

Tuntutan boleh dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut kawasan masing-masing.

Sementara itu, ahli skim bagi Fasa 2 yang lahir pada April, Mei dan Jun diingatkan bahawa tempoh tuntutan baucar telah berakhir pada 30 Jun lalu.

Mereka yang masih belum membuat tuntutan disaran menghubungi PKM DUN masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai status tuntutan.

Pelaksanaan Skim Mesra 2026 membolehkan ahli membuat tuntutan baucar secara berfasa mengikut bulan kelahiran.

Maklumat lanjut berkaitan Skim Mesra dan tuntutan baucar boleh diperoleh melalui laman sesawang mesra.yawas.com.my atau menghubungi YAWAS di talian 03-5481 8800.

Menerusi Belanjawan Selangor 2026, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM55 juta bagi pelaksanaan skim mesra yang memberi manfaat kepada individu berusia 60 tahun ke atas serta orang kurang upaya (OKU).

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.