Empat pekerja terselamat dalam kebakaran kedai perkakasan

13 Jul 2026, 4:06 AM
Empat pekerja terselamat dalam kebakaran kedai perkakasan
Empat pekerja terselamat dalam kebakaran kedai perkakasan
Empat pekerja terselamat dalam kebakaran kedai perkakasan

SHAH ALAM, 13 JULAI: Sebuah kedai perkakasan musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran membabitkan deretan lima premis dua tingkat di Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, empat pekerja yang berada di dalam premis sempat menyelamatkan diri sebelum api merebak, manakala tindakan pantas anggota bomba berjaya menghalang kebakaran daripada memusnahkan empat premis bersebelahan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.26 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Operasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai perkakasan dalam deretan lima premis dua tingkat, dengan sebuah premis terbakar kira-kira 90 peratus.

"Api berjaya dikawal pada 9.16 pagi hasil tindakan pantas anggota yang turut berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke empat premis lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua empat pekerja yang berada di premis ketika kejadian hanya mengalami sesak nafas akibat terhidu asap dan tiada mangsa lain dilaporkan.

Operasi membabitkan 32 anggota serta dua anggota Bomba Komuniti dari BBP Puchong, Subang Jaya, Seri Kembangan dan Petaling Jaya.

Sebanyak empat jentera pemadam, dua unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sebuah kenderaan utiliti serta dua lori tangki air digunakan dalam operasi berkenaan.

Menurut beliau, kerja pemeriksaan dan pemadaman sisa kebakaran masih dijalankan, manakala punca kejadian sedang disiasat.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.