435 pelajar SK Ampang Pecah nikmati sarapan percuma MPHS

8 Jul 2026, 4:32 AM
435 pelajar SK Ampang Pecah nikmati sarapan percuma MPHS
435 pelajar SK Ampang Pecah nikmati sarapan percuma MPHS
435 pelajar SK Ampang Pecah nikmati sarapan percuma MPHS

SHAH ALAM, 8 JULAI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) meneruskan Program Sarapan Percuma (PSP) Tabung Endowmen dengan mengagihkan 435 pek makanan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang Pecah hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, MPHS memaklumkan program berkenaan dilaksanakan bagi memastikan pelajar memulakan sesi persekolahan dengan bekalan makanan berkhasiat.

Menurutnya, inisiatif itu secara tidak langsung membantu meningkatkan fokus dan menjaga kesejahteraan pelajar sepanjang mengikuti sesi pembelajaran di sekolah.

“Keprihatinan dan kemurahan hati penyumbang membolehkan lebih ramai pelajar menikmati sarapan berkhasiat sebelum memulakan sesi pembelajaran.

“Ia sekali gus memberi manfaat kepada kesejahteraan dan kecemerlangan mereka,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pengagihan pek sarapan disempurnakan Ahli Majlis MPHS Zon 9 Saripah Bakar yang turut menyantuni pelajar sekolah berkenaan.

MPHS turut merakamkan penghargaan kepada penyumbang Tabung Endowmen yang sentiasa menyokong pelaksanaan program berkenaan.

Orang ramai juga dialu-alukan menyumbang kepada tabung itu bagi membantu lebih ramai pelajar di Hulu Selangor menerima manfaat Program Sarapan Percuma.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.