Angka kematian gempa bumi Venezuela cecah 2,595

3 Jul 2026, 6:02 AM
Angka kematian gempa bumi Venezuela cecah 2,595
Angka kematian gempa bumi Venezuela cecah 2,595
Angka kematian gempa bumi Venezuela cecah 2,595
Angka kematian gempa bumi Venezuela cecah 2,595

ISTANBUL, 3 JULAI: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda utara Venezuela seminggu lepas meningkat kepada 2,595, manakala 12,400 orang cedera, kata Presiden Sementara Delcy Rodriguez pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

"Angka yang kami berikan ialah angka yang tepat,” kata Rodriguez pada sidang media.

Beliau berkata angka yang dikemas kini itu mengikuti proses pengesahan terperinci, sambil menambah pihak berkuasa menyemak semula data mangsa sebelum mengeluarkan jumlah kematian terkini.

Katanya lima orang yang pada mulanya didaftarkan sebagai meninggal dunia kemudian didapati masih hidup selepas pihak berkuasa mengesahkan identiti mereka melalui sistem bahan api bersubsidi berasaskan cap jari Venezuela.

"Kami tidak mahu memberikan angka yang tidak dibuktikan dengan teliti," kata Rodriguez. Angka yang dikemas kini itu susulan gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud di utara Venezuela pada 24 Jun.

Beliau juga berkata kerajaan sedang berbincang dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk menggembleng sumber bagi membina semula infrastruktur yang rosak akibat gempa bumi.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.