78 nelayan Kuala Langat, Sepang terima Lesen Sampan Khas

3 Jul 2026, 8:00 AM
78 nelayan Kuala Langat, Sepang terima Lesen Sampan Khas
78 nelayan Kuala Langat, Sepang terima Lesen Sampan Khas
78 nelayan Kuala Langat, Sepang terima Lesen Sampan Khas

SHAH ALAM, 3 JULAI: Seramai 78 nelayan dari Kuala Langat dan Sepang menerima pengiktirafan Jabatan Perikanan Malaysia menerusi Majlis Penyampaian Lesen Sampan Khas kepada Nelayan Daerah Kuala Langat dan Sepang 2026, semalam.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat, Datuk Borhan Aman Shah, pengiktirafan itu melibatkan 10 penerima Lesen Sampan Khas serta 68 penerima Kad Pendaftaran Nelayan.

Katanya, inisiatif berkenaan diharap dapat meningkatkan pendapatan nelayan di samping memastikan aktiviti perikanan mematuhi peraturan serta dilaksanakan secara selamat dan lestari.

"Komuniti nelayan merupakan antara tulang belakang keterjaminan bekalan makanan negara serta penyumbang penting kepada ekonomi pesisir pantai.

"Kerajaan akan terus menyokong usaha memperkasa sektor perikanan dan menjaga kebajikan komuniti nelayan melalui kerjasama erat bersama semua agensi berkaitan," katanya menerusi kenyataannya di Facebook.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penyampaian Lesen Sampan Khas kepada Nelayan Daerah Kuala Langat dan Sepang Tahun 2026 di Dewan Kebudayaan Homestay Pantai Batu Laut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perikanan Negeri Selangor, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta semua pihak yang menjayakan majlis berkenaan.

Beliau berharap semua penerima dapat memanfaatkan pengiktirafan itu sebaiknya bagi meningkatkan produktiviti sektor perikanan.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.