Suami isteri alami keracunan makanan selepas nikmati cendawan liar

29 Jun 2026, 3:00 PM
Suami isteri alami keracunan makanan selepas nikmati cendawan liar

SHAH ALAM, 29 JUN: Suami isteri mengalami keracunan makanan selepas dipercayai tersalah memakan kulat liar yang disangka sebagai 'kulat tahun' dalam kejadian di Kampung RTP Padang Besar, Padang Cicak, Mukim Jeneri, Sik, Kedah semalam.

Mangsa yang kedua-duanya berusia 28 tahun dipercayai menemui kulat berkenaan sebelum memasaknya sebagai hidangan makan tengah hari.

Bagaimanapun, tidak lama selepas menikmati hidangan itu, kedua-duanya mengalami simptom keracunan makanan termasuk muntah dan cirit-birit teruk sehingga menjadi lemah.

Mereka kemudian ditemui rebah di dalam bilik air rumah sebelum bantuan kecemasan dihubungi.

Pengerusi Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) Mahadzir Abd Hamid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.40 petang.

Menurut beliau, dua ambulans bersama lima anggota digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira 12 minit kemudian.

“Bantuan menyelamat segera dilaksanakan oleh lima anggota BSYJM menggunakan peralatan khas,” katanya lapor Sinar Harian.

Mahadzir berkata operasi menyelamat berdepan cabaran kerana kedua-dua mangsa mempunyai berat keseluruhan dianggarkan sekitar 280 kilogram selain keadaan ruang rumah yang agak sempit.

Beliau berkata proses mengeluarkan mangsa dari rumah mengambil masa kira-kira 20 minit menggunakan peralatan khas sebelum mereka berjaya dipindahkan ke ambulans.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Sik untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.