Mahal

28 Jun 2026, 2:38 AM
Mahal

Oleh Alang Ahmad

Ilustrasi Muizzah 

kata orang kita miskin

kalau makan kita belah sepiring

menjadi siang dan malam

bau ikan kering dibahagi hingga rata

“bagaimana kalau malam ini ke tempat MAHAL”

kita lihat malam dibelah lampu kereta yang lalu-lalang

kita nikmati wangi hujan

kita santap yang ada kerana kita lebih kaya di sini

di lambur rumah kita

kita jahit hati menutup cemburu

Tuhan tidak menjual murah

untuk yang mahal.

Shah Alam, Selangor

Kategoriseni budaya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.