34 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Ampang, Hulu Langat

14 Nov 2026, 9:30 AM
34 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Ampang, Hulu Langat
34 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Ampang, Hulu Langat

SHAH ALAM, 14 NOV: Seramai 34 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dalam operasi penguatkuasaan sekitar Ampang dan Hulu Langat, semalam.

Jabatan Imigresen Selangor menerusi Facebook memaklumkan mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Operasi bermula jam 11 pagi itu melibatkan 18 anggota JIM Selangor merangkumi pelbagai jenis operasi penguatkuasaan iaitu Ops Sapu, Ops Selera dan Ops Kutip.

“Hasil keseluruhan operasi seramai 38 individu diperiksa dan 34 warga asing ditahan. Selain itu, sebanyak satu saman saksi dikeluarkan dan seorang majikan turut dikenakan tindakan.

“Secara keseluruhannya, kesalahan yang dikenal pasti melibatkan Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Imigresen Malaysia Selangor akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan, termasuk melalui kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras keberadaan pendatang asing tanpa izin serta memastikan undang-undang imigresen negara sentiasa dipatuhi.

“Majikan dan pemilik premis juga diingatkan supaya sentiasa memastikan pekerja warga asing mempunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen digalakkan menyalurkan aduan melalui saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dan bukannya melalui ruangan komen media sosial.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.