Atlet Olimpik layak terima AS$10,000 dalam skim dana baharu IOC

25 Jun 2026, 4:04 AM
Atlet Olimpik layak terima AS$10,000 dalam skim dana baharu IOC

BERLIN, 25 JUN: Atlet Olimpik akan layak menerima geran AS$10,000 (RM41,115) untuk bertanding dalam temasya itu di bawah skim baharu yang diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

"Fit for the Future Olympian Grant” itu juga akan diberikan secara retroaktif kepada atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari di utara Itali.

"Geran itu disediakan untuk menyokong kerjaya sukan atau peralihan kerjaya atlet Olimpik.

“Dana sebanyak US$140 juta bagi setiap Olimpik telah diperuntukkan,” menurut kenyataan IOC.

Pengumuman itu dibuat oleh bekas pemain bola keranjang Sepanyol Pau Gasol semasa Sesi IOC ke-146 di Lausanne, Switzerland.

Beliau ialah pengerusi Suruhanjaya Atlet IOC.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.