USM, UKM tersenarai dalam tujuh universiti terbaik dunia

24 Jun 2026, 2:28 PM
USM, UKM tersenarai dalam tujuh universiti terbaik dunia

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Dua universiti awam negara, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terus mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai dalam kelompok tujuh universiti terbaik dunia menerusi Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2026.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata USM melonjak ke kedudukan kelima dunia, manakala UKM berada di tangga ketujuh daripada lebih 1,600 universiti yang dinilai berdasarkan sumbangan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata USM turut mengekalkan kedudukan nombor satu dunia bagi SDG 17: Perkongsian Demi Matlamat, sekali gus membuktikan keupayaan universiti Malaysia memimpin kerjasama strategik di peringkat global.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

“Pencapaian ini membuktikan bahawa universiti-universiti Malaysia bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan, malah memberi impak besar kepada pembangunan masyarakat serta agenda kemampanan dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Zambry turut merakamkan tahniah kepada kepimpinan universiti, ahli akademik, penyelidik, staf dan pelajar atas kejayaan berkenaan.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan tinggi negara dan meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.