DUN Kinrara tawar khidmat nasihat guaman percuma Ahad ini

24 Jun 2026, 12:45 AM
DUN Kinrara tawar khidmat nasihat guaman percuma Ahad ini

SHAH ALAM, 23 JUN: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara akan menganjurkan Klinik Guaman Percuma bagi membantu penduduk mendapatkan nasihat berkaitan isu perundangan pada Ahad ini.

Wakil rakyatnya, Ng Sze Han menerusi hantaran di Facebook memaklumkan program itu dianjurkan dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor (PeBS) Zon 9 dan firma guaman Messrs Yap, Ku & Co.

Beliau berkata orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka daripada peguam bertauliah berhubung isu perundangan sivil dan hartanah.

Semua sesi akan dijalankan berdasarkan temu janji, dengan tempahan slot boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/qtckB82sxwJDyDHNA.

Program berkenaan akan berlangsung di Dewan Komuniti Taman Sri Puchong bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.

Untuk rekod, Klinik Guaman Percuma merupakan antara inisiatif khidmat masyarakat yang dilaksanakan secara berkala oleh Pejabat DUN Kinrara bagi membantu penduduk setempat yang memerlukan nasihat perundangan.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.