Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar perairan Batu Pahat awal pagi tadi

21 Jun 2026, 1:07 AM
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar perairan Batu Pahat awal pagi tadi

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Perairan Batu Pahat, Johor pada 1.17 pagi tadi.

Menerusi hantaran dalam Facebook, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan pada kedudukan 20 kilometer (km) Barat Daya dari Batu Pahat pada kedalaman 10 km.

"Gegaran mungkin dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat, Johor. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut hantaran itu.

Jabatan itu turut memohon peduduk sekitar yang merasai gegaran akibat gempa itu agar mengisi borang soal selidik pada pautan https://forms.gle/ZSwro3yNA99U6pq46.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.