Selangor perkukuh hubungan pelabur menerusi lawatan industri strategik

18 Jun 2026, 10:38 AM
Selangor perkukuh hubungan pelabur menerusi lawatan industri strategik

KLANG, 18 JUN: Program Lawatan Penaung Diraja Invest Selangor Bersama Industri menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri dan pelabur utama, selain menyokong usaha meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor.

EXCO Pelaburan, Ng Sze Han berkata pendekatan turun padang itu memberi ruang kepada pentadbiran negeri untuk memahami secara langsung operasi serta keperluan syarikat-syarikat yang telah lama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Selangor.

Menurutnya, sesi lawatan dan dialog bersama pelabur turut membolehkan Kerajaan Negeri mengenal pasti bentuk sokongan yang boleh disediakan bagi memastikan kelangsungan dan pengembangan perniagaan di Selangor.

“Jadi kedua-dua ini merupakan pelaburan yang penting bagi Selangor kerana ia merupakan syarikat yang matang dan telah menyumbang kepada KDNK dan juga pertumbuhan ekonomi di Selangor.

“Ini merupakan satu sesi bagi saya sangat penting kerana ini merupakan komitmen daripada Kerajaan Negeri untuk sentiasa berada dan adakan dialog dan juga perjumpaan bersama pelabur-pelabur penting seperti F&N dan juga IKEA.

“Kita juga dapat maklumat atau pun perkembangan yang terkini berkenaan perniagaan mereka dan apakah yang Kerajaan Negeri boleh memudahkan atau membantu mereka supaya perniagaan mereka terus berkembang di Selangor,” katanya.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menandatangai plak ketika melawat pusat pengedaran IKEA di IKEA supply Malaysia Sdn Bhd Pelabuhan Klang pada 18 Jun 2026. Turut hadir EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han (kiri) dan Pengarah Urusan IKEA Jorge Tamayo. Foto MEDIA RMS

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor ke IKEA Supply Malaysia Sdn Bhd di Taman Perindustrian Pulau Indah (Fasa 3) hari ini.

Terdahulu, Tengku Amir Shah berkenan melawat kilang pemprosesan Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) di Pulau Indah, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Mengulas lanjut, Ng Sze Han berkata siri lawatan seumpama itu akan diteruskan ke beberapa syarikat pelabur lain sebagai usaha berterusan memperkukuh ekosistem pelaburan negeri.

“Lawatan seperti ini akan diteruskan dan juga ada dua tiga cadangan yang kami telah kemukakan kepada pejabat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di mana kami rasa ia juga merupakan pelaburan yang penting bagi kita untuk buat lawatan ke syarikat tersebut,” katanya.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama deligasi ketika melawat pusat pengedaran IKEA di IKEA supply Malaysia Sdn Bhd Pelabuhan Klang pada 18 Jun 2026. Foto MEDIA RMS

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.