Membentuk bandar masa hadapan Selangor

18 Jun 2026, 2:46 AM
Membentuk bandar masa hadapan Selangor
Membentuk bandar masa hadapan Selangor
Membentuk bandar masa hadapan Selangor
Membentuk bandar masa hadapan Selangor
Membentuk bandar masa hadapan Selangor

SHAH ALAM, 18 JUN: Transformasi bandar memainkan peranan penting dalam memastikan Selangor terus berkembang sebagai negeri yang maju, berdaya saing dan mampan bagi memenuhi keperluan generasi masa hadapan.

Seiring dengan aspirasi tersebut, PKNS menerusi pembangunan SA Sentral bakal merealisasikan sebuah bandar bersepadu bertaraf masa hadapan di kawasan seluas kira-kira 145 ekar (58.68 hektar) di Seksyen 14, Shah Alam, yang mempunyai akses terus kepada rangkaian pengangkutan awam menerusi Stesen LRT3 Dato’ Menteri.

Pembangunan ini dirancang untuk menyokong pembentukan pusat bandar yang lebih moden, dinamik dan responsif terhadap perubahan gaya hidup serta keperluan masyarakat bandar.

SA Sentral menggabungkan pelbagai komponen pembangunan termasuk ruang komersial, kemudahan komuniti, kawasan rekreasi dan jaringan pengangkutan awam dalam satu ekosistem yang saling melengkapi. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan bandar sambil menggalakkan pertumbuhan yang lebih seimbang dan lestari.

Ketua Pegawai Eksekutif (Designate) SA Sentral Datuk Mohd Najib Ibrahim. Foto ihsan PKNS

Selain memperkukuh fungsi pusat bandar Shah Alam, pembangunan ini turut memberi penekanan kepada pengaktifan semula aset bandar sedia ada, penambahbaikan ruang awam dan pengukuhan hubungan antara kawasan pembangunan dengan kemudahan pengangkutan awam.

"SA Sentral merupakan manifestasi komitmen PKNS untuk menyokong agenda transformasi bandar jangka panjang Selangor melalui pembangunan yang mampan, berorientasikan transit serta berfokuskan kesejahteraan komuniti," kata Ketua Pegawai Eksekutif (Designate) SA Sentral, Datuk Mohd Najib Ibrahim.

SA Sentral bukan sekadar sebuah pembangunan fizikal, tetapi platform yang membantu membentuk masa depan Shah Alam sebagai bandar yang lebih berdaya saing, lestari dan bersedia menghadapi cabaran urbanisasi pada masa hadapan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.