Para SUKMA 2026: Atlet Selangor diingat fokus prestasi sendiri

17 Jun 2026, 9:22 AM
Para SUKMA 2026: Atlet Selangor diingat fokus prestasi sendiri
Para SUKMA 2026: Atlet Selangor diingat fokus prestasi sendiri
Para SUKMA 2026: Atlet Selangor diingat fokus prestasi sendiri

SHAH ALAM, 17 JUN: Atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 Selangor diingatkan fokus kepada prestasi sendiri dalam menghadapi temasya sukan dwitahunan itu.

Ketua kontinjen, Lim Yi Wei berkata penjagaan kesihatan mental amat penting bagi memastikan atlet kekal fokus, berdaya saing dan berada pada tahap terbaik menjelang temasya sukan September depan.

“Latihan giat dijalankan, dan sirkut ke-dua bakal memberi gambaran yang lebih jelas sejauh mana tahap atlet kita berbanding negeri lain.

“Saya tekankan kepentingan kesihatan mental, tak kira siapa lawan pada hari itu, atlet harus fokus terhadap performance sendiri. This is your time to shine!,” katanya menerusi Facebook.

Februari lalu, Lim Yi Wei yang merupakan wakil rakyat Kampung Tunku dilantik sebagai ketua kontinjen Para SUKMA.

Turut dilantik Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Dr Ani Ahmad sebagai timbalan ketua kontinjen.

Selain itu, 10 badan berkanun dan anak syarikat kerajaan Negeri turut dilantik sebagai bapa angkat sukan pada temasya Para SUKMA antaranya Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (Badminton), Lembaga Urus Air Selangor (Ping Pong), Invest Selangor(Renang) dan Yayasan Selangor (Boccia).

SUKMA kali ke-22 berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan manakala Para SUKMA pula dari 5 hingga 10 September.

Sebanyak 474 acara daripada 37 jenis sukan dipertandingkan di sembilan daerah membabitkan 52 venue pertandingan, manakala Para SUKMA membabitkan 10 jenis sukan dan 316 acara yang dipertandingkan di daerah Petaling dan Klang.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.