Messi samai rekod Klose, ledak hatrik bantu Argentina menang

17 Jun 2026, 6:17 AM
Messi samai rekod Klose, ledak hatrik bantu Argentina menang
Messi samai rekod Klose, ledak hatrik bantu Argentina menang
Messi samai rekod Klose, ledak hatrik bantu Argentina menang

KANSAS CITY, 17 JUN: Lionel Messi mengukir sejarah baharu di pentas Piala Dunia apabila menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas meledak hatrik dalam kemenangan 3-0 Argentina ke atas Algeria pada aksi pembukaan Kumpulan J, hari ini.

Kapten Argentina itu kini mengumpul 16 gol sepanjang penampilannya di Piala Dunia, sekali gus menyamai rekod yang sebelum ini dipegang legenda Jerman, Miroslav Klose.

Messi turut mempamerkan aksi cemerlang ketika membuat penampilan ke-200 bersama skuad kebangsaan Argentina dalam perlawanan berkenaan.

Bintang berusia 39 tahun itu juga mencipta satu lagi sejarah apabila menjadi pemain pertama beraksi dalam enam edisi Piala Dunia, lapor Berita Harian.

Jaringan pembukaan hadir pada minit ke-17 menerusi rembatan dari luar kotak penalti sebelum menambah gol kedua pada minit ke-60 hasil penyudah mudah dari jarak dekat.

Messi melengkapkan hatrik pada minit ke-76 menerusi rembatan tepat ke penjuru gawang untuk memastikan juara bertahan itu memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan bergaya.

Kemenangan itu memberikan permulaan sempurna buat Argentina dalam usaha memburu gelaran Piala Dunia kedua berturut-turut.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.