AGENDA

Piala Dunia B17: FIFA tarik hak Peru sebagai tuan rumah ekoran gagal siapkan kemudahan

4 Apr 2023, 5:31 AM
Piala Dunia B17: FIFA tarik hak Peru sebagai tuan rumah ekoran gagal siapkan kemudahan

GENEVA, 4 APRIL: FIFA pada Isnin mengumumkan menarik balik hak Peru sebagai tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia Bawah 17 Tahun selepas negara itu gagal menyiapkan infrastruktur yang diperlukan untuk kejohanan itu.

Keputusan berkenaan dibuat selepas badan induk bola sepak itu mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Peru.

Bagaimanapun, kejohanan itu kekal akan diadakan dari 10 November hingga 2 Disember 2023, lapor Xinhua.

"Biro Majlis FIFA akan melantik tuan rumah baharu dalam masa terdekat," menurut FIFA.

Menurut FIFA, Peru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mendapatkan pelaburan dan menyiapkan kerja yang diperlukan sebelum kejohanan bermula. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.