Pelajar Tingkatan Satu hilang ketika bersiar-siar bersama keluarga

17 Jun 2026, 2:48 AM
Pelajar Tingkatan Satu hilang ketika bersiar-siar bersama keluarga

KUALA TERENGGANU, 17 JUN: Polis sedang mengesan remaja perempuan yang hilang ketika keluar bersiar-bersiar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ketika kejadian, Amiratul Husna Mohd Shany, 13, memakai baju-T lengan panjang dan seluar berwarna hitam serta tudung bercorak petak berwarna ungu.

Beliau berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, Marang itu memiliki ketinggian 152 sentimeter, berkulit sawo matang dan berat badan sekitar 50 kilogram.

“Laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa pada 30 Mei lepas. Menurut laporan mangsa keluar bersama keluarga kira-kira 6 petang sehari sebelum itu. Tetapi ketika berada di tapak niaga Teluk Ketapang, mangsa didapati hilang selepas memaklumkan bapanya untuk ke lokasi ibunya berada.

“Bapa mangsa telah cuba menghubungi telefon bimbit dan mencarinya di sekitar kawasan tersebut, namun gagal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Azli berkata orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat menerusi talian 016-7943735 atau ke balai polis berhampiran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.