ad

Remaja umur 15 tahun hilang, kali terakhir dilihat di sekolah

4 Okt 2025, 8:33 AM
Remaja umur 15 tahun hilang, kali terakhir dilihat di sekolah

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Polis memohan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat di sebuah sekolah menengah di Kajang pada 26 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kali terakhir Nur Atiqah Farhah Abdullah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.

“Polis menerima laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan pada 5.57 petang semalam. Mangsa mempunyai ketinggian 159 sentimeter dan berat kira-kira 45 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika kejadian, Nur Atiqah Farhah memakai baju kurung sekolah berwarna putih, kain biru, tudung putih serta membawa beg berwarna hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melalui talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat Sjn Mohd Zamri Mohd Nor melalui talian 010-2848761.

-- BERNAMA