Pasar Muhibah tarikan baharu Shah Alam, tawar gaya hidup kesenian, kebudayaan

15 Jun 2026, 12:00 AM
Pasar Muhibah tarikan baharu Shah Alam, tawar gaya hidup kesenian, kebudayaan
Pasar Muhibah tarikan baharu Shah Alam, tawar gaya hidup kesenian, kebudayaan
Pasar Muhibah tarikan baharu Shah Alam, tawar gaya hidup kesenian, kebudayaan
Pasar Muhibah tarikan baharu Shah Alam, tawar gaya hidup kesenian, kebudayaan
Pasar Muhibah tarikan baharu Shah Alam, tawar gaya hidup kesenian, kebudayaan

KUALA LANGAT, 15 JUN: Kompleks perniagaan baharu di Seksyen 24, Shah Alam yang dikenali sebagai Pasar Muhibah bakal menawarkan pengalaman membeli-belah lebih menarik dan selesa kepada pengunjung apabila mula beroperasi tidak lama lagi.

EXCO Keusahawanan Najwan Halimi berkata pembinaan kompleks yang menggantikan pusat niaga Uptown Shah Alam itu kini berada di peringkat akhir sebelum dibuka kepada orang ramai.

Menurut beliau, proses semasa melibatkan cabutan undi bagi menentukan peniaga yang akan memulakan operasi di kompleks berkenaan.

“Setakat ini namanya Pasar Muhibah dan kita sedang tunggu proses akhir dengan cabutan undi melibatkan peniaga yang akan memulakan perniagaan di sana. Akan ada pengumuman dalam masa terdekat.

EXCO Keusahawanan Najwan Halimi ditemui media selepas perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting pada 14 Jun 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Ia ada kelainan sedikit. Kita mahu tampilkan produk dari usahawan Selangor dan dalam masa sama kita mahu tawarkan pengunjung untuk nikmati gaya hidup kesenian dan kebudayaan.

“Salah satu tujuannya adalah untuk tarik kehadiran pelancong. Kita harap ia dapat jadi seperti pasar budaya di Kuala Lumpur,” katanya selepas menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting di sini, semalam.

Bulan lalu, Media Selangor melaporkan kompleks perniagaan itu dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Bangunan berkonsepkan Bugis Moden itu bakal menempatkan kira-kira 400 peniaga, selain menawarkan pelbagai kemudahan moden dan mesra alam demi meningkatkan keselesaan pengunjung serta peniaga.

Sebelum ini, media melaporkan pembinaan semula Uptown Shah Alam yang telah beroperasi lebih 10 tahun itu dilaksanakan susulan kejadian kebakaran pada 12 November 2018 yang memusnahkan 41 lot perniagaan.

EXCO Belia Najwan Halimi bersama penerima anugerah perdana belia ketika perasmian Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting pada 14 Jun 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.