Isu Rohingya perlu penyelesaian menyeluruh, rangka pelan tindakan jelas

14 Jun 2026, 2:00 AM
Isu Rohingya perlu penyelesaian menyeluruh, rangka pelan tindakan jelas
Isu Rohingya perlu penyelesaian menyeluruh, rangka pelan tindakan jelas
Isu Rohingya perlu penyelesaian menyeluruh, rangka pelan tindakan jelas

SHAH ALAM, 14 JUN: Sudah tiba masanya kerajaan mencari jalan dan merangka pelan tindakan yang lebih jelas bagi menyelesaikan isu pelarian Rohingya yang kini mendatangkan kebimbangan kepada masyarakat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata kehadiran etnik berkenaan yang bebas bekerja, menjalankan perniagaan serta membina penempatan menyebabkan mereka dilihat seolah-olah 'kebal tanpa undang-undang'.

“Difahamkan mereka tidak boleh berniaga, tetapi boleh pula bekerja di besi buruk dan tempat pelupusan sampah. Ini semua perlu ada garis panduan dan SOP semua. Baru orang kampung akan lega.

“Kita pun simpati, kerana mereka juga manusia. Tetapi apa SOP sewajarnya untuk pendatang Rohingya ini?,” katanya ketika dihubungi Media Selangor.

Dalam pada itu, Johan menyifatkan perobohan penempatan Rohingya di Kampung Sungai Makau, Hulu Langat masih belum melegakan penduduk, berikutan terdapat beberapa lagi kawasan lain yang didominasi etnik terbabit.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz bercakap kepada media selepas program Gagasan Rumpun Selangor (GRS) 2.0 Daerah Hulu Langat di Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat pada 13 Mei 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Lega dalam kes yang satu ini, iyalah. Tapi ini bukan setakat satu atau dua tempat ini sahaja. Saya sudah maklumkan, di Dewan Undangan Negeri (DUN) lain pun ada, dalam Hulu Langat ini,” katanya.

Terdahulu, Johan dilapor berkata, kerja perobohan struktur bangunan di penempatan komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat mula dilaksanakan semalam oleh pemilik tanah berkenaan.

Menurutnya, proses tersebut dimulakan pagi semalam dan masih belum selesai, dengan perobohan struktur dimulakan di Kampung Sungai Makau terlebih dahulu.

Kelmarin Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang pencerobohan tanah dan pembangunan tanpa kebenaran, termasuk penempatan haram di Kampung Sungai Makau.

Amirudin turut menegaskan tindakan penguatkuasaan yang diambil Kerajaan Negeri tidak bersandarkan kepada latar belakang atau kewarganegaraan penghuni, sebaliknya tertumpu kepada aspek pematuhan undang-undang serta pentadbiran tanah.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.