Lelaki Rohingya ditahan dalam operasi JPJ, ada 34 saman tertunggak

13 Jun 2026, 6:00 AM
Lelaki Rohingya ditahan dalam operasi JPJ, ada 34 saman tertunggak

SHAH ALAM, 13 JUN: Seorang lelaki etnik Rohingya ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi penguatkuasaan di Guar Kepayang, Pendang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, lelaki terbabit meninggalkan motosikal yang ditunggangnya sebelum meloloskan diri ke kawasan sawah sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Luta berkata pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai 34 saman tertunggak, termasuk kesalahan tidak memiliki lesen memandu, lapor Berita Harian.

“Motosikal tersebut telah disita untuk tindakan lanjut. JPJ akan terus mengambil tindakan tegas terhadap warga asing, termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya negara ini,” katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.