Video tular pergaduhan di Jinjang Utara, 13 lelaki ditahan

13 Jun 2026, 12:00 AM
Video tular pergaduhan di Jinjang Utara, 13 lelaki ditahan

SHAH ALAM, 13 JUN: Polis menahan 13 lelaki dipercayai terbabit pergaduhan berpunca pertikaian hutang di sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata semua suspek berusia antara 18 hingga 51 tahun itu ditahan dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian menerusi beberapa operasi serbuan di sekitar ibu negara.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.27 petang berhubung pergaduhan itu yang dikaitkan dengan satu video tular di media sosial.

"Bertindak atas maklumat, pasukan polis digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan dan menjalankan siasatan lanjut.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca pertikaian berkaitan urusan hutang yang kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan melibatkan beberapa individu sehingga menyebabkan kecederaan," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bersama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur.

"Semakan rekod mendapati beberapa suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah lampau. Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 18 Jun bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.