SPR tentukan tarikh PRN Johor, N Sembilan dalam mesyuarat khas hari ini

12 Jun 2026, 12:47 AM
SPR tentukan tarikh PRN Johor, N Sembilan dalam mesyuarat khas hari ini
SPR tentukan tarikh PRN Johor, N Sembilan dalam mesyuarat khas hari ini
SPR tentukan tarikh PRN Johor, N Sembilan dalam mesyuarat khas hari ini

PUTRAJAYA, 12 JUN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan di Menara SPR, hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun itu dijadual bermula 10 pagi, sebelum satu sidang media diadakan sejurus selesai mesyuarat berkenaan.

Sidang media yang ditunggu-tunggu itu antaranya bagi mengetahui tarikh penting kedua-dua PRN termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian dan tempoh berkempen serta maklumat mengenai lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Ia disusuli pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pada 4 Jun yang mengumumkan DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi, dibubarkan pada keesokan harinya setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.