Kanak-kanak sembilan tahun maut dilanggar SUV

11 Jun 2026, 12:00 AM
Kanak-kanak sembilan tahun maut dilanggar SUV

REMBAU, 11 JUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika berjalan kaki di Kilometer 1, Jalan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu Kota, di sini petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat manakala pemandu (SUV) tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.