KPDN serbu premis jual kosmetik tiruan di Semenyih, sita produk RM9,000

10 Jun 2026, 7:20 AM
KPDN serbu premis jual kosmetik tiruan di Semenyih, sita produk RM9,000
KPDN serbu premis jual kosmetik tiruan di Semenyih, sita produk RM9,000

SHAH ALAM, 10 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Kajang membongkar kegiatan penjualan kosmetik tiruan selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan premis jualan di Semenyih semalam.

KPDN memaklumkan serbuan itu dijalankan anggota penguat kuasa KPDN Kajang bersama wakil pemilik cap dagangan susulan risikan dan pemantauan yang dilakukan.

Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai produk kosmetik dan penjagaan kulit yang dipercayai menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran, termasuk pencuci muka dan barangan kecantikan lain.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa menyita pelbagai produk kosmetik tiruan dengan nilai anggaran kira-kira RM9,000.

"KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan cap dagangan berdaftar bagi mengaut keuntungan," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki melibatkan penggunaan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran.

KPDN turut mengingatkan peniaga supaya mematuhi undang-undang dan tidak menjual barangan yang melanggar hak harta intelek kerana tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Di bawah Akta Cap Dagangan 2019, individu atau syarikat yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan tiruan atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.