Polis buru suspek curi pakaian jemuran di Cheras Indah, aksi dirakam CCTV

6 Jun 2026, 1:28 AM
Polis buru suspek curi pakaian jemuran di Cheras Indah, aksi dirakam CCTV

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Polis sedang mengesan seorang suspek dipercayai terlibat mencuri pakaian jemuran di sebuah rumah teres di Taman Cheras Indah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata pihaknya mengesan satu video tular pada kira-kira 5 petang, memaparkan seorang individu memanjat pagar sebelum memasuki halaman rumah tersebut.

Beliau berkata polis turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada hari sama berhubung kehilangan pakaian dijemur di luar rumah yang disedarinya pada kira-kira 10 pagi.

“Pengadu telah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang individu berpakaian jubah gelap memanjat pagar dan memasuki halaman rumah sebelum mengambil pakaian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata pemeriksaan mendapati hanya pakaian jemuran hilang dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu kerana mencuri dan pencerobohan jenayah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.