Permohonan subsidi tambang dibuka, MB harap lebih ramai guna pengangkutan awam

2 Jun 2026, 6:45 AM
Permohonan subsidi tambang dibuka, MB harap lebih ramai guna pengangkutan awam
Permohonan subsidi tambang dibuka, MB harap lebih ramai guna pengangkutan awam

SHAH ALAM, 2 JUN: Dato’ Menteri Besar berharap pemberian subsidi tambang RM30 sebulan menerusi Pakej Daya Tahan Selangor menggalakkan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata masyarakat perlu menggunakan peluang itu sebaiknya dan membuat persediaan awal melalui aplikasi NINE.

“Sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM 131 juta yang telah saya umumkan sebelum ini, permohonan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam selama enam bulan telah mula dibuka pada 1 Jun 2026.

“Gunakan peluang ini sebaiknya dan buat persediaan lebih awal melalui aplikasi NINE.

“Mudah mudahan bantuan ini dapat memudahkan perjalanan harian, di samping menggalakkan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam,” katanya menerusi Facebook.

April lalu, Amirudin mengumumkan sebanyak RM131 juta diperuntuk bagi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor untuk tujuan mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan, mengurangkan kos sara hidup rakyat selain meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Menerusi pakej itu juga, akan dapat mengawal kesan inflasi daripada meningkat secara keterlaluan dan memberi bantuan bersasar kepada golongan paling terkesan.

Permohonan subsidi menerusi aplikasi NINE itu mula dibuka semalam dan warga Selangor yang layak boleh menikmati subsidi tambang RM30 sebulan selama enam bulan.

Inisiatif tersebut dibuka akan dibuka mulai 1 Jun membabitkan 50,000 pemohon terawal.


Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.