SPR tentukan tarikh PRN Johor selepas terima notis rasmi

1 Jun 2026, 12:34 PM
SPR tentukan tarikh PRN Johor selepas terima notis rasmi

SHAH ALAM, 1 JUN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selepas menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Pengerusinya Dato' Seri Ramlan Harun berkata SPR mengambil maklum pengumuman pembubaran DUN Johor Ke-15 yang dibuat Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini.

"Sehubungan itu, SPR akan memaklumkan tarikh bagi mengadakan Mesyuarat Khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN Johor Ke-16 sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berkaitan tarikh pembubaran DUN itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz mengumumkan DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pembubaran itu membuka laluan kepada PRN Johor ke-16 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peruntukan undang-undang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.