Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan kunjungi PBAKL 2026

29 Mei 2026, 1:07 PM
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan kunjungi PBAKL 2026
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan kunjungi PBAKL 2026
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan kunjungi PBAKL 2026

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat meninjau Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3.30 petang disambut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Turut berangkat Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Almarhum Sultan Salahuddin.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli melawat sekitar reruai pempamer serta berkenan bergambar bersama pengunjung sebelum berangkat pulang kira-kira 5.30 petang.

PBAKL 2026 berlangsung selama 10 hari di WTCKL bermula hari ini dengan penyertaan lebih 1,000 reruai membabitkan ratusan penerbit dan pempamer tempatan serta luar negara termasuk Arab Saudi, Brunei, Indonesia dan China.

Antara reruai tumpuan ialah Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di lot 630, selain Buku Fixi, DuBook Press, Patriot Publishing dan Akademi Jawi Malaysia.

Manakala Pavilion Selangor pada hari pertama menampilkan program Hati dan Minda: Sasterawan dan Karyawan bersama Pensyarah Universiti Monash Dr. Nazirul Hazim A. Khalim.

Pesta buku itu dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.