MBPJ sasar sediakan tiga lagi perpustakaan permainan

26 Mei 2026, 4:05 AM
MBPJ sasar sediakan tiga lagi perpustakaan permainan
MBPJ sasar sediakan tiga lagi perpustakaan permainan
MBPJ sasar sediakan tiga lagi perpustakaan permainan
MBPJ sasar sediakan tiga lagi perpustakaan permainan

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menyediakan tiga lagi perpustakaan permainan@toy library di Blok 3 Flat Desa Mentari, Flat PKNS Taman Dato’ Harun serta Flat Desaria Fasa 5A dan 5B.

Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohammad Zahri Samingon berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen MBPJ dalam memperkukuh agenda Bandar Mesra Kanak-Kanak di bandar raya berkenaan.

“Langkah ini merupakan sebahagian usaha positif MBPJ bagi menyokong perkembangan kanak-kanak pada masa hadapan,” katanya ketika mesyuarat penuh MBPJ semalam.

Kemudahan sama telah disediakan di Apartment Idaman Damansara Damai, PPR Lembah Subang 2, Flora Damansara, Pangsapuri Petaling Perdana di PJS 1/21 dan Apartment Desa Mutiara.

Mengulas lanjut, Mohammad Zahri berkata Ahli Majlis Kanak-Kanak Petaling Jaya turut memainkan peranan penting dalam membentuk konsep perpustakaan kanak-kanak itu.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu juga disokong menerusi penglibatan komuniti melalui sesi libat urus bersama penduduk, ibu bapa dan kanak-kanak setempat.

Beliau berkata Toy Library merupakan antara inisiatif di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih inklusif dan kondusif untuk perkembangan kanak-kanak.

“Aktiviti bermain merupakan medium penting dalam merangsang perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak,” katanya sambil menjelaskan konsep Toy Library berteraskan pendekatan bermain sambil belajar.

Tambah beliau, inisiatif itu bukan sahaja menjadi medium pembangunan sahsiah dan kreativiti kanak-kanak, malah mampu memperkukuh hubungan komuniti serta memupuk budaya kejiranan yang lebih aktif, prihatin dan harmoni.

Agenda Bandar Mesra Kanak-kanak itu dilaksanakan bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi perkembangan kanak-kanak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.