Kecedaran parah akibat hentakan kuat, lemas antara punca kematian tiga pekerja perkapalan

25 Mei 2026, 2:40 PM
Kecedaran parah akibat hentakan kuat, lemas antara punca kematian tiga pekerja perkapalan

KUALA TERENGGANU, 25 MEI: Kecederaan parah akibat hentakan kuat dan lemas dikenal pasti antara punca kematian tiga pekerja dalam kejadian bot penyelamat terjatuh ke laut di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat, kira-kira 150 meter dari perairan Kuala Terengganu, tengahari semalam.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata hasil bedah siasat ke atas mangsa pertama mendapati Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, maut akibat kecederaan serius pada bahagian abdomen kesan hentakan kuat.

“Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, pula maut akibat cedera di bahagian leher manakala Ahmad Fiqri Zakaria, 38, meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata proses bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa dijalankan pada 10 pagi hingga 2.15 petang tadi sebelum kesemua jenazah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.

Semalam Bernama melaporkan tiga pekerja platform minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.

Mangsa yang cedera parah Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.