Pengorbanan penternak lembu

26 Mei 2026, 4:00 AM
Pengorbanan penternak lembu

Menjelang sambutan Aidiladha pada 27 Mei, penternak lembu antara individu yang paling sibuk menguruskan tempahan dan memastikan semua ternakan tiba ke destinasi mengikut jadual.

Bagi Mohd Zairi Sallehuddin, 49, beliau bertanggungjawab memastikan semua lembu yang dibeli dari Thailand seawal usia dua tahun cukup makan dan sihat sebelum dapat dijual kira-kira lapan bulan kemudian.

Sekalipun tidak menang tangan, kesihatan ternakan juga menjadi keutamaan supaya kualitinya sentiasa terjaga dan memenuhi kehendak pelanggan.

Berbanding tahun-tahun sebelumya, Mohd Zairi mengakui, tahun ini antara tempoh mencabar dalam perniagaannya disebabkan peningkatan kos bahan ternak susulan perang di Asia Barat serta penutupan Selat Hormuz.

Bagaimanapun, kenaikan kos tersebut ditampung bahan alternatif seperti penggunaan bahan buangan kelapa sawit dan menanam rumput napier (rumput gajah) sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan.

Lebih 20 tahun berkecimpung dalam ternakan lembu, penurunan jualan haiwan korban itu pada tahun ini sememangnya sudah dijangka.

Hanya 100 ekor lembu terjual tahun ini berbanding 200 ekor pada tahun sebelumnya.

Mendepani situasi ini, beliau berharap tempahan meningkat menjelang hari raya memandangkan masih ada pihak yang selesa membuat keputusan di saat akhir.

Bagi menangani isu bekalan lembu tempatan yang tidak mencukupi semasa Aidiladha pula, Mohd Zairi terpaksa mengimport ternakan dari Thailand untuk memenuhi permintaan pelanggan tempatan.

Lensa jurufoto Ahmad Zakki Jilan merakamkan rutin penternak lembu pada 18 Mei yang lebih sibuk menjelang Aidiadha serta usaha mereka mengimbangi permintaan dengan peningkatan kos kenaikan bahan kesan pergolakan di Asia Barat.

Lembu-lembu Mohd Zairi Sallehuddin sedia untuk dikorbankan menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Mohd Zairi Sallehuddin mengangkat rumput gajah untuk diberi makan lembu di Kampung Olak Lempit, Kuala Langat. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Mohd Zairi Sallehuddin memesin rumput gajah untuk diberi makan lembu di Kampung Olak Lempit, Kuala Langat. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Mohd Zairi Sallehuddin memberi makan lembunya dua kali sehari bagi memastikan ternakan sentiasa sihat dan berkualiti di Kampung Olak Lempit, Kuala Langat. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Lembu ternakan Mohd Zairi Sallehuddin sedia untuk dikorbankan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampung Olak Lempit, Kuala Langat. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Campuran tempung dan kacang soya digunakan sebagai makanan lembu bagi memastikan ternakan mendapat nutrisi mencukupi di Kampung Olak Lempit, Kuala Langat. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Mohd Zairi Sallehuddin membersihkan lembunya bagi memastikan ternakan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terjaga di Kampung Olak Lempit, Kuala Langat. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Daging lembu yang siap diproses disimpan di dalam peti sejuk beku bagi mengekalkan kesegaran dan kualiti sebelum diedarkan kepada pelanggan di Kampung Olak Lempit, Kuala Langat pada 18 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.