SUKMA: Naik taraf kemudahan sukan di Klang 90 peratus, siap Jun ini

24 Mei 2026, 7:57 AM
SUKMA: Naik taraf kemudahan sukan di Klang 90 peratus, siap Jun ini
SUKMA: Naik taraf kemudahan sukan di Klang 90 peratus, siap Jun ini
SUKMA: Naik taraf kemudahan sukan di Klang 90 peratus, siap Jun ini

KLANG, 24 MEI: Semua projek naik taraf kemudahan sukan di Klang sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor dijangka siap sepenuhnya bulan depan, dengan kini mencapai kemajuan hampir 90 peratus.

Timbalan Datuk Bandar Klang, Mohd Zary Affendi Mohd Arif berkata Klang menggunakan peruntukan RM10 juta bagi menyempurnakan semua projek terbabit sekali gus menyedia prasarana terbaik kepada tujuh acara sukan yang dianjur.

“Untuk persiapan, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diamanahkan untuk menyediakan kemudahan sukan terbaik kepada atlet SUKMA. Di Klang, kita jangka semua kemudahan siap Jun ini.

“Sekarang kita hampir 90 peratus siap dan sedang jalankan kerja kecil seperti mengecat. Banyak yang sudah selesai sebelum Aidilfitri lalu. Di stadium hoki kita buat pertukaran karpet dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan program Jelajah Larian Obor Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 dan PARA SUKMA 2026 di Laman Seni Safari di sini, hari ini.

Untuk rekod, Klang akan menjadi tuan rumah bagi tujuh acara sukan iaitu sukan boling padang, bola keranjang, ragbi, hoki, gimnastik, muay thai dan pingpong.

Sebelum ini, EXCO Sukan Najwan Halimi mengumumkan 474 acara sukan daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan pada SUKMA Selangor yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026.

Sukan dwi-tahunan edisi ke-22 itu akan menggunakan 53 lokasi di sembilan daerah termasuk institusi pengajian tinggi awam dan swasta, 12 PBT serta Velodrom Nasional di Negeri Sembilan sebagai gelanggang pertandingan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.