DUN Kota Kemuning buka 11 kaunter KDE, mudahkan warga emas dan OKU daftar

19 Mei 2026, 10:41 AM
DUN Kota Kemuning buka 11 kaunter KDE, mudahkan warga emas dan OKU daftar

SHAH ALAM, 19 MEI: Penduduk Kota Kemuning kini boleh mendaftar Skim Khairat Darul Ehsan (KDE) dengan lebih mudah menerusi pembukaan kaunter bergerak di beberapa lokasi terpilih bermula 16 Mei hingga 13 Jun depan.

Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning, S. Preakas berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi memudahkan golongan layak khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan manfaat skim kebajikan berkenaan.

“Pendaftaran terbuka kepada warga emas berusia 50 tahun ke atas serta golongan OKU yang merupakan pengundi di kawasan DUN Kota Kemuning.

“Penduduk boleh membuat pendaftaran secara dalam talian melalui portal KDE atau mengimbas kod QR yang disediakan pada poster hebahan,” katanya di Facebook.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pejabat DUN Kota Kemuning di talian 03-5131 4354 atau WhatsApp 011-1257 5460.

Berikut lokasi kaunter bergerak KDE:

Skim KDE menawarkan manfaat khairat kematian RM1,000 kepada waris ahli berdaftar selain sumbangan tambahan RM1,000 sekiranya ahli meninggal dunia.

Sebelum ini, bantuan khairat kematian warga emas menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pernah dihentikan pada Mei 2019 sebelum disambung semula pada 2021 dengan peruntukan RM7.5 juta yang membolehkan waris menerima RM500.

KDE yang ditambah baik kini menawarkan pampasan lebih tinggi serta liputan kumpulan sasaran lebih meluas sejajar usaha Kerajaan Negeri memperkukuh jaringan kebajikan rakyat.

Menerusi Belanjawan 2026, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengekalkan peruntukan RM15 juta bagi meneruskan bantuan khairat kematian RM1,000 kepada waris yang layak.

Permohonan baharu atau kemas kini maklumat juga boleh dibuat menerusi portal rasmi KDE YAWAS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.