MB rasmi perluasan terminal Shell di Westport, tingkat kapasiti simpanan bahan api

18 Mei 2026, 5:05 AM
MB rasmi perluasan terminal Shell di Westport, tingkat kapasiti simpanan bahan api
MB rasmi perluasan terminal Shell di Westport, tingkat kapasiti simpanan bahan api
MB rasmi perluasan terminal Shell di Westport, tingkat kapasiti simpanan bahan api
MB rasmi perluasan terminal Shell di Westport, tingkat kapasiti simpanan bahan api

KLANG, 18 MEI: Dato’ Menteri Besar hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek perluasan Terminal Shell Malaysia di Westport yang dijangka memperkukuh keupayaan bekalan serta daya tahan rantaian bahan api negara.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, projek yang dijadual siap pada 2028 itu melibatkan pembinaan infrastruktur import baharu termasuk tiga tangki tambahan bagi simpanan petrol dan diesel.

Ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, Amirudin berkata penambahan tangki itu akan meningkatkan kapasiti simpanan terminal kepada 100 juta liter berbanding 60 juta liter ketika ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis pecah tanah perluasan Terminal Shell Malaysia di Westport, Klang pada 18 Mei 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Ini akan meningkatkan lagi sustainability bekalan bahan bakar kita yang kita lihat pengalaman ketika hari ini sebenarnya sangat strategik.

“Sebab itu saya datang untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada syarikat Shell dan cuba untuk membantu sebaik mungkin termasuk kebenaran bagi pembinaan projek ini,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Amirudin berkata projek perluasan terminal berkenaan bukan sahaja meningkatkan kapasiti dan kecekapan operasi, malah mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan bahan api negara.

Katanya, pembangunan itu penting bagi memastikan operasi perniagaan dan kehidupan rakyat dapat diteruskan tanpa gangguan.

“Pemain industri seperti Shell mempunyai peranan yang kritikal dalam ekosistem ini. Dengan pengalaman global selama 135 tahun di Malaysia, Shell terus menjadi rakan kongsi dalam keperluan tenaga negara.

“Dengan aset strategik seperti di Pelabuhan Klang yang merupakan laluan perkapalan paling sibuk di dunia, ia meneruskan peranan kita sebagai hab logistik, industri dan tenaga di rantau ini,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.