Tren laluan Kelana Jaya alami kelewatan akibat isu teknikal

18 Mei 2026, 1:12 AM
Tren laluan Kelana Jaya alami kelewatan akibat isu teknikal

SHAH ALAM, 18 MEI: Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pagi ini akibat gangguan teknikal melibatkan sebuah tren di Stesen Kelana Jaya.

Rapid KL memaklumkan, gangguan itu berpunca daripada kerosakan komponen yang menyebabkan perkhidmatan itu tidak dapat bergerak di stesen terbabit.

Menurutnya, kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan bagi mengatasi gangguan berkenaan.

“Perkhidmatan tren mengalami kelewatan akibat sebuah tren tidak dapat bergerak kerana isu komponen di Stesen Kelana Jaya. Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan.

“Sehubungan itu, bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan penumpang, kawalan kemasukan dan aliran penumpang sedang dilaksanakan di stesen-stesen terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Rapid KL turut menyarankan pengguna menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing termasuk Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang, Laluan Putrajaya dan Laluan Monorel.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.