HajiKids 2.0 bantu anak istimewa hayati pengalaman ibadah haji

16 Mei 2026, 9:38 AM
HajiKids 2.0 bantu anak istimewa hayati pengalaman ibadah haji
HajiKids 2.0 bantu anak istimewa hayati pengalaman ibadah haji
HajiKids 2.0 bantu anak istimewa hayati pengalaman ibadah haji
HajiKids 2.0 bantu anak istimewa hayati pengalaman ibadah haji

SHAH ALAM, 16 MEI: Program HajiKids 2.0 memberi peluang kepada anak-anak istimewa di Selangor merasai pengalaman simulasi ibadah haji menerusi pendekatan pembelajaran interaktif di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata penglibatan anak istimewa dalam program berkenaan penting bagi memastikan mereka tidak dipinggirkan daripada pengalaman sosial dan pendidikan.

Menurut beliau, anak-anak istimewa berhak menikmati peluang pembelajaran dan aktiviti yang sama seperti kanak-kanak lain dalam suasana lebih inklusif.

"Anak-anak istimewa tidak harus berada di pinggir pengalaman masyarakat. Sebaliknya mereka berhak untuk belajar, merasai dan menyertai program yang sama dengan kanak-kanak lain," katanya selepas melancarkan program berkenaan.

Program yang menghimpunkan kira-kira 2,500 kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun termasuk itu menggunakan simulasi praktikal dan teknologi visual interaktif bagi memberi pendedahan awal berkaitan ibadah haji.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap ketika majlis Perasmian Hajikids 2.0 dan Pelancaran Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor (BRAIS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 16 Mei 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

YANIS turut menaja penyertaan 35 anak istimewa dari pusat YANIS serta 18 peserta Cerebral Palsy dalam program berkenaan sebagai sebahagian agenda inklusiviti Kerajaan Negeri.

Anfaal berkata program itu turut mengambil kira pelbagai keperluan peserta termasuk penyediaan 'calming room' dan akses pergerakan lebih mesra pengguna kerusi roda.

"Bila kita mahu libatkan warga OKU, warga insan istimewa, kita perlu lebih sensitif tentang keperluannya yang berbeza.

"Dan ini tanda kita inklusif sebab kita tidak hanya melihat pada satu sudut keperluan kanak-kanak tapi pelbagai sudut keperluan kanak-kanak barulah mereka rasa dihargai dan dilibatkan dalam apa sahaja program,"katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.